Friday, February 12, 2010

Lagu Rasmi Prasekolah Peringkat Negeri

Kami mula langkah ke sekolah

Kami belajar dengan kawan-kawan

Kami main dengan hati riang

Kami anak-anak prasekolah Pulau Pinang

Ibu ayah cikgu dan semua

Asuh didik ajar kami semua

Buat jasa bila dah dewasa

Sayang Negara nusa dan bangsa


Lencana Rasmi Prasekolah




MERAH
(Keberanian)

- Ceria dan bersemangat tinggi anak-anak didik yang
menghadapi cabaran awal dunia pendidikan.

BIRU
(Keharmonian)

- Masyarakat penyayang – Kasih sayang - Hormat menghormati - Perpaduan

KUNING
(Kedaulatan
)
- Hak bersuara - Hak perlindungan - Hak pendidikan - Hak kasih Sayang

PUTIH
(Keikhlasan dan Kesucian)
- Menerima tunjuk ajar - Fitrah - Jiwa yang bersih

Taksiran Simbol:
Logo KPM – bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Taksiran Bentuk:
Bentuk Bulat - Universal


Motto Prasekolah SK Pulau Betong



“Belajar dan Bermain Asas Perkembangan”

Objektif Prasekolah SK Pulau Betong


  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
  • Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

Matlamat Pendidikan Prasekolah SK Pulau Betong

Bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.


Sejarah Penubuhan Prasekolah Cerdik SK Pulau Betong


Prasekolah Sinar Alam, SK Pulau Betong, telah ditubuhkan pada tahun 2003. Namanya diambil sempena nama guru besar pada masa itu iaitu En. Zainal Alam b. Daud. Kini, Prasekolah Sinar Alam telah ditukar nama ke Prasekolah Cerdik. Guru prasekolah dari tahun 2003-2004 ialah Pn. Norhazani bt. Kadir. Selepas beliau berpindah, Pn. Siti bt. Jirin telah menggantikan beliau. Pada tahun 2005 hingga sekarang guru prasekolah Sinar Alam ialah Cik Zaidatulakma bt. Othman.

Pembantu Pengurusan Murid dari tahun 2003-Oktober 2005 ialah Pn . Rofishah bt. Hussin dan dari Oktober 2005- sekarang Puan Norfaizah bt. Samsuri telah menggantikan tempat beliau.

Sejarah Penubuhan Prasekolah Bestari SK Pulau Betong


Prasekolah Bestari, Sekolah Kebangsaan Pulau Betong telah dibina pada tahun 2007 dan mula beroperasi pada tahun 2008. Nama Bestari diambil dengan harapan agar prasekolah ini akan menjadi yang terbaik untuk segala-galanya terutama sekali dalam bidang kurikulum dan Ko-kurikulum. Hasrat murni ini telah terbukti dengan kejayaan yang telah diterima di mana pada tahun 2009 Prasekolah telah berjaya merangkul tempat pertama dalam Program Bumi Hijau dan juga tempat pertama acara tarian Tradisional di peringkat Daerah Barat Daya.

Guru prasekolah yang pertama mengajar di Prasekolah Bestari dari 2008 hingga sekarang ialah Puan Azizah binti Saad lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah(Kepujian) dari USM. Guru yang mengajar pendidikan Agama Islam ialah Norrihan bt Mohd, Nasfi lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari UKM.

Pembantu Pengurusan Murid sambilan dari tahun 2008-2009 ialah Roziela bt Hassan. Pembantu Pengurusan Murid tetap yang telah diganti ialah Suzana binti Noordin lulusan STPM bermula hujung 2009 hingga sekarang.


Sunday, February 7, 2010

Sejarah Sekolah Kebangsaan Pulau Betong


Asal tapak sekolah adalah tanah kepunyaan seorang Cina bernama Cho Low. Bangunan pertama sekolah telah dibina pada tahun 1888 (No. JKR 558). Bangunan kayu asal adalah mengikut pelan bangunan sekolah-sekolah Melayu pertama didirikan di Pulau Pinang. Dalam tahun 60an bangunan kayu yang asal dirobohkan. Tahun 1960 bangunan ke dua (JKR 1626) telah dibina diikuti dengan bangunan ke tiga pada tahun 1978 (JKR 2430) yang didirikan daripada 3 bilik darjah, bilik air dan pejabat.

Pada tahun 1989 satu blok bangunan 2 tingkat didirikan yang terdiri daripada 6 bilik darjah, bilik air atas dan bawah serta 4 buah stor. Pada tahun 2003, PP satu blok bangunan baru 4 tingkat didirikan. Di tingkat bawah terdapat kantin, dewan serba guna dan bilik kemahiran hidup. Di tingkat satu terdapat Guru Besar, bilik-bilik Penolong Kanan, Bilik Gerakan, Bilik Guru dan bilik E-Tems. Di tingkat 2 terdapat bilik Buku Teks, Bilik Sumber dan 2 buah Bilik Sains. Sementara di tingkat 3 terdapat bilik Pemulihan dan 6 buah bilik darjah. Keseluruhannya sekarang ini, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan, satu bilik komputer, satu bilik muzik dan satu bilik guru lama (menyimpan barang-barang lama).

Pada tahun 2003 prasekolah baru telah ditubuhkan dengan menggunakan kelas di bangunan sedia ada dan dinamakan sebagai prasekolah Sinar Alam.

Pada tahun 2007 bangunan prasekolah baru didirikan di kawasan padang, prasekolah baru didirikan di kawasan padang. Prasekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008.