Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, May 8, 2010

Aktiviti Meningkatkan Amalan Penjagaan Gigi Bersih











Ahli keluarga Prabestari menunjukkan gigi mereka yang bersih dicuci bersama 'Nurse' Gigi


Pesanan 'Nurse" Gigi:

  • Setiap orang perlu mempunyai berus gigi sendiri.
  • Letakkan ubat gigi hanya di bahagian hujung depan berus gigi.
  • Pastikan adik-adik menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari iaitu sebaik sahaja bangun tidur, selepas makan makanan yang berat dan sebelum tidur.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan elakkan memakan makanan seperti gula-gula, aiskrim dan makanan yang manis terlalu banyak untuk menjaga kesihatan gigi dan diri.
Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan gigi kita.

Friday, February 12, 2010

Lagu Rasmi Prasekolah Peringkat Negeri

Kami mula langkah ke sekolah

Kami belajar dengan kawan-kawan

Kami main dengan hati riang

Kami anak-anak prasekolah Pulau Pinang

Ibu ayah cikgu dan semua

Asuh didik ajar kami semua

Buat jasa bila dah dewasa

Sayang Negara nusa dan bangsa


Lencana Rasmi Prasekolah




MERAH
(Keberanian)

- Ceria dan bersemangat tinggi anak-anak didik yang
menghadapi cabaran awal dunia pendidikan.

BIRU
(Keharmonian)

- Masyarakat penyayang – Kasih sayang - Hormat menghormati - Perpaduan

KUNING
(Kedaulatan
)
- Hak bersuara - Hak perlindungan - Hak pendidikan - Hak kasih Sayang

PUTIH
(Keikhlasan dan Kesucian)
- Menerima tunjuk ajar - Fitrah - Jiwa yang bersih

Taksiran Simbol:
Logo KPM – bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Taksiran Bentuk:
Bentuk Bulat - Universal


Motto Prasekolah SK Pulau Betong



“Belajar dan Bermain Asas Perkembangan”

Objektif Prasekolah SK Pulau Betong


  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
  • Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

Matlamat Pendidikan Prasekolah SK Pulau Betong

Bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.


Sejarah Penubuhan Prasekolah Cerdik SK Pulau Betong


Prasekolah Sinar Alam, SK Pulau Betong, telah ditubuhkan pada tahun 2003. Namanya diambil sempena nama guru besar pada masa itu iaitu En. Zainal Alam b. Daud. Kini, Prasekolah Sinar Alam telah ditukar nama ke Prasekolah Cerdik. Guru prasekolah dari tahun 2003-2004 ialah Pn. Norhazani bt. Kadir. Selepas beliau berpindah, Pn. Siti bt. Jirin telah menggantikan beliau. Pada tahun 2005 hingga sekarang guru prasekolah Sinar Alam ialah Cik Zaidatulakma bt. Othman.

Pembantu Pengurusan Murid dari tahun 2003-Oktober 2005 ialah Pn . Rofishah bt. Hussin dan dari Oktober 2005- sekarang Puan Norfaizah bt. Samsuri telah menggantikan tempat beliau.